Lebih 2,500 mangsa banjir di lima daerah di Sabah

Lebih 2,500 mangsa banjir daripada 549 keluarga kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah di Sabah. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata, daerah yang terlibat ialah Kota Marudu, Matunggong, Kota Belud, Pitas dan Sipitang.