Lebih 3 individu serang kenderaan EMRS - saksi

Lebih tiga individu dipercayai telah menyerang kenderaan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 November lalu. Menurut Pegawai Medik EMRS Ahmad Shahrill Othman kumpulan lelaki yang memakai helmet menyerbu dan menyerang kenderaan emrs sebelum mengarahkan pemandu untuk membuka pintu kenderaan terbabit.