Tutup

Lebih baik tiada elektrik daripada tiada air

Ribuan penduduk di ketiga-tiga daerah di Negeri Melaka berdepan kesukaran selepas berlaku gangguan air di negeri itu sejak beberapa hari lalu. Menurut Laman Web Rasmi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah dan mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta sungai melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Untuk perinciannya, kita bersama wakil Astro AWANI di Melaka, Shuhada Abd Kadir.