Tutup

Lebih banyak geran bantuan jika ekonomi meningkat

Kementerian Industri Utama mungkin memberikan lebih banyak bantuan geran kepada golongan pekebun kecil sekiranya ekonomi negara bertambah baik di masa hadapan. Menterinya, Teresa Kok berkata sekiranya prestasi industri seperti sawit mampu melonjak, sudah tentu kerajaan akan memberikan apa yang dikehendaki oleh golongan tersebut.