Lebih banyak kolej komuniti dibina di luar bandar

Kerajaan negeri Sabah berhasrat untuk membina lebih banyak kolej komuniti yang berteraskan teknikal dan vokasional di luar bandar termasuk di daerah Papar. Menteri undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata penubuhan ini bakal membuka peluang pembelajaran kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada para belia.