Lebih banyak masa diperlukan untuk hapuskan tol

Cadangan untuk menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti yang digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.