Lebih seratus usahawan MTDC berkumpul kongsi idea dan pengalaman

Lebih seratus usahawan berkumpul dalam program MTDC Reunites Dua 2019 Unconference, Industry 4.0 and Robotics yang dianjurkan Malaysian Technoloy Development Corporation Sdn Bhd. Menurut Ketua Pegawai Operasi Eksekutifnya Datuk Norhalim Yunus, sesi yang diadakan kali ini lebih menumpukan perkongsian idea dan pengalaman serta menjalin kerjasama yang lebih erat antara para usahawan.