Lebihan lima ke 10 peratus makanan di pasar tani untuk Food Bank

Setiap pasar tani kebiasaanya akan menyumbang lima sehingga 10 peratus lebihan jualan mereka untuk Program Food Bank Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan sama ada penyerahan sumbangan sebelum atau selepas pasar tani akan dilakukan dengan penjual berkenaan.