Lebuh raya tanpa tol tidak mungkin diwujudkan - Tun M

Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan Ikrar Lebuh Raya Bebas Tol seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.