Lebuhraya sesak, dua treler terbakar sebelum Terowong Menora

Dua treler terbakar di Kilometer 257, Lebuhraya Plus arah selatan, sebelum Terowong Menora pagi Ahad telah mengakibatkan kesesakan lebih 8 kilometer. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian jam 11.41 pagi itu.