Lee Chong Wei nafi terlibat dalam video seks - laporan media

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini telah menafikan penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang didakwa melibatkan dirinya, baru-baru ini. Menurut Chong Wei sebagai memetik laporan beberapa portal tempatan hari ini, wajah lelaki yang dipaparkan dalam video berdurasi 11 minit itu langsung tidak menyerupai wajahnya.