Tutup

Lelaki bawa ketum maut nahas jalan raya

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta yang penuh dengan daun ketum dinaiki mereka terbabas melanggar sebuah kedai di Kampung Gemang, Jeli, pagi Khamis. Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, pemandu Myvi berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penumpang di bahagian depan berusia 35 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Jeli.