Lelaki bunuh Bill Kayong dijatuhi hukuman mati

Mahkamah Tinggi Miri menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah membunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lepas. Hakim Ravintharan N. Para Ma Guru menjatuhkan hukuman tersebut di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.