Lelaki bunuh ibu akan didakwa esok

Lelaki yang disyaki membunuh ibunya dan membuang mayat mangsa ke dalam lubang najis di Kampung Sungai Burung, Balik Pulau, akan didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Khamis. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan telah menyerahkannya kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang.