Tutup

Lelaki cabul kanak-kanak diburu

Seorang lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang diburu polis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, memaklumkan dalam kejadian jam 6.19 petang Rabu lalu, suspek yang belum dikenal pasti juga memeluk kanak-kanak berkenaan daripada belakang sebelum kanak-kanak itu melarikan diri.