Tutup

Lelaki cuba seludup petrol dicekup

Hanya kerana 20 gelen petrol, seorang lelaki berdepan didenda RM1 juta selepas dicekup ketika cuba menyeludup minyak petrol dalam satu kejadian di kawasan Batu Tiga, berdekatan sebuah Parit Besar, di Sandakan. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Selasa itu, suspek berusia 27 tahun itu diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) ketika memandu sebuah pacuan empat roda berisi muatan petrol.