Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada 9 Mei lalu. Tertuduh Karesh Kumar Sharma, 21, didakwa membunuh bapanya, R. Pardeep Kumar, 56, di no. 28, Jalan Bercham Sinar 1, Taman Bercham Sinar, Ipoh antara jam 4.30 petang hingga 7 petang pada tarikh tersebut.