Tutup

Lelaki didakwa sumbang mahram

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Rabu, atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram, bersetubuh dengan anak sendiri selama tiga hari berturut-turut, tiga tahun lalu. Tertuduh berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.