Lelaki disangka lemas ditemui selamat

Penemuan mayat tiga beranak dipercayai mati lemas di beberapa lokasi berbeza di Arau, pada Khamis menimbulkan misteri. Ia sejurus seorang lagi mangsa yang lemas bersama mereka ditemui selamat di Taman Ria, Sungai Petani Kedah malam tadi. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd dalam satu kenyataan, mengesahkan perkara ini pagi tadi.