Tutup

Lelaki hanyut dibawa arus

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki dihanyut arus deras di Jalan Sungai Gadut, Rantau Negeri Sembilan lewat petang semalam. Mangsa berusia 48 tahun yang memandu sebuah Proton Saga FLX bewarna putih dikatakan melintasi jalan yang telah dinaiki air hampir satu meter ekoran hujan lebat, sebelum ditolak arus ke sungai.