Lelaki Indonesia cabul kanak-kanak perempuan direman seminggu

Seorang warga Indonesia direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang Rabu lepas. Majistret Mahkamah Selayang Nur Hafizah Rajuni membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek sehingga 22 Julai depan.