Lelaki mati ditikam di dada

Ditikam di bahagian jantung. Tidak cukup dengan itu keretanya pula dibakar. Kejadian berlaku lewat petang tadi di lorong belakang Taman Arked, Sungai Petani, mangsa Liu Chee Wei, 25 tahun, ditemui berlumuran darah oleh penduduk selepas mendengar suara mengerang kesakitan di lorong belakang taman.