Tutup

Lelaki mengamuk di kaunter tidak menunggu lama sebenarnya - APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD telah menjalankan siasatan berhubung perkongsian video berdurasi 43 saat yang tular di laman sosial mengenai seorang pelanggan memarahi pegawai kaunter, baru-baru ini. APAD berkata ia berlaku di Pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya itu mendapati pelanggan terbabit tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.