Lelaki Nigeria didakwa bunuh Ketua Jururawat Siti Kharina

Seorang lelaki warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36 tahun selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret A.Akhiruddin @ Boy Acho.