Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah

Lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Juasseh Tengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad. Zainal Abidin Ibrahim, 59 tahun, rentung selepas dipercayai terperangkap dalam bilik air ketika cuba menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah terbakar.