Lelaki Pakistan dikhuatiri lemas di Paka

Kegembiraan empat sahabat warga Pakistan bermandi manda sambil bermain bola di dalam air bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas. Kejadian berlaku di Pantai Petak Paka, Dungun kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.