Tutup

Lelaki rentung separuh badan, kereta dipandu terbakar

Seorang lelaki maut dengan separuh bahagian badannya rentung akibat terperangkap dalam keretanya yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, di sini kira-kira pukul 8 pagi Ahad. Mangsa dikenali sebagai Oh Chun Guan , 25 tahun dari Lorong Amoi, Georgetown memandu kereta jenis Proton Saga seorang diri dari arah Bayan Lepas menuju ke arah pusat bandar.