Tutup

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran

Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas sebuah rumah kedai tiga tingkat di lorong Haji Taib 2, Kuala Lumpur terbakar pagi tadi. Dalam kebakaran pukul 6.30 pagi itu, mangsa, berusia dalam lingkungan 60-an ditemui di sebuah bilik di tingkat dua rumah kedai berkenaan sejurus api dipadam sepenuhnya.