Tutup

Lelaki warga Thailand ditahan bawa masuk karkas daging babi

Seorang lelaki warga Thailand yang membawa masuk karkas dipercayai daging babi ke negara ini ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang. Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ketika membawa bungkusan seberat 17 kilogram pada Khamis.