Lerai segala sengketa - Anwar

Segala bentuk permasalahan dalam PKR harus dileraikan segera sebagai tanggungjawab memperkukuh gabungan Pakatan Harapan. Demikian tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, tanggungjawab itu sebagai langkah sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjuang dan mengemudi negara sebagai satu gabungan.