Tutup

Lesen busking perlu diseragamkan di setiap negeri

Penerimaan masyarakat terhadap seniman jalanan atau buskers kini sudah berbeza. Seniman jalanan tidak lagi dihargai kerana simpati, tetapi lebih kepada bakat yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, Presiden Malaysian Buskers Club (MyBC) Wady Hamdan berkata demi masa hadapan busker yang lebih terjamin, lesen busking perlu diseragamkan di setiap negeri di Malaysia bagi memudahkan komuniti itu untuk bekerja di mana-mana negeri.