Letak jawatan YDP Agong, kerajaan kelantan bermesyuarat pada Isnin

Kerajaan Kelantan belum menerima sebarang pemakluman rasmi dari Istana Negara berhubung keputusan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memaklumkan. Kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat dengan setiausaha kerajaan negeri Datuk Nazran Muhammad dan unit protokol pejabat setiausaha kerajaan negeri pada Isnin untuk langkah seterusnya.