Letupan CityOne Megamall 3 maut, 26 cedera, 4 parah

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata seramai 26 lagi mangsa cedera dengan empat daripadanya parah. Daripada jumlah itu, lima adalah wanita dan identiti semua mangsa termasuk tiga yang maut masih belum dikenal pasti.