Tutup

Levi RM1 ke atas pengusaha ladang kelapa sawit bagi inisiatif hijau

Pengusaha ladang kelapa sawit akan dikenakan levi tambahan sebanyak RM1 bagi setiap metrik tan pengeluaran minyak sawit mentah bermula tahun depan. Menteri Industri Utama Teresa Kok menjelaskan dana ini akan digunakan bagi usaha inisiatif hijau seperti penanaman pokok dan pemuliharaan haiwan.