Lewat daftar kelahiran untuk mudahkan urusan persekolahan - Tun M

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir Mohamad lahir pada 10 Julai 1925 tetapi kelahirannya hanya didaftarkan pada 20 Disember tahun yang sama. Jelas Tun Mahathir, tindakan bapanya melewatkan pendaftaran kelahiran itu dilakukan bagi memudahkan urusan persekolahan.