LHDN siasat semula 'derma' RM2.6 bilion

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjalankan siasatan semula berhubung wang 2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ia susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan siasatan yang sedang dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).