Tutup

Libatkan agensi pemasaran hasil pertanian untuk bantu petani

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bercadang melibatkan agensinya dalam bidang memasarkan hasil pertanian bagi melengkapkan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Fama. Pengerusi NAFAS, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, antara kekangan peladang seluruh negara ialah masalah pemasaran hasil pertanian yang kebanyakkannya bergantung kepada orang tengah.