Tutup

Lif PPR: Penduduk masih trauma, rela guna tangga

Trauma dan takut. Itu perasaan yang masih menyelubungi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam susulan berlakunya insiden lif jatuh terhempas dari tingkat lima di Blok C PPR itu pada 2 Ogos lalu. Biarpun sudah sebulan berlalu, nyata kejadian itu meninggalkan kesan mendalam dalam diri penghuni di pangsapuri-pangsapuri berkenaan.