Tutup

Lim dan Phang kemuka representasi gugur kes rasuah

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail.