Tutup

Lima lagi individu ditahan berkaitan LTTE

Polis diRaja Malaysia (PDRM) menahan lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kumpulan Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) dalam satu operasi khas di beberapa negeri pada Sabtu. Menurut sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.