Lima lelaki diburu kerana disyaki terlibat kes samun dan tetak

Lima lelaki diburu bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan tetak yang berlaku di daerah Kuala Terengganu dan Besut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu,Acp Razmi Mohd Gunnos berkata tiga suspek yang berusia 35 hingga 40 tahun itu dikehendaki berhubung kes tetak membabitkan seorang lelaki di Besut pada 17 Mei lalu. Dua lagi lelaki yang berumur 27 dan 34 tahun pula di kesan bagi kes samun melibatkan seorang pensyarah yang berusia 33 tahun di Kampung Padang Nenas,Gong Badak.