Lima lelaki didakwa sengaja ganggu tugas anggota polis

Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, atas pertuduhan menghalang tugas polis dengan memeriksa kereta peronda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, April lalu. Kesemua tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret V Vanita.