Tutup

Liow enggan ulas isu RUU Persendirian

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini enggan mengulas mengenai isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pindaan 2016 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu. Beliau yang hadir melancarkan 'Blossom Art Festival' di Wisma MCA, ibu negara bergegas pulang selepas majlis berkenaan.