Lisa Surihani beri suara kepada etnik Rohingya

Semakin ramai selebriti tanah air terlibat dalam usaha kemanusiaan yang sebelum ini hanya digerakan aktivis dan NGO-NGO tertentu sahaja. Tentu sekali, penglibatan selebriti, artis dan 'influencers' berupaya menarik perhatian umum terhadap isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan. Tetapi bagi Lisa Surihani, misinya tidak seperti artis-artis lain yang pernah menjejak kaki ke kawasan konflik. Bagi Lisa, dia mahu mencipta kesan jangka panjang, sekaligus mengubah nasib kaum paling malang di dunia ini. Isabelle Leong ada laporannya.