Lokman lapor polis dakwaan Farid Kamil cuba dirasuah kerajaan dahulu

Polis akan memanggil pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis yang dibuat terhadap beliau berkenaan dakwaan cubaan diberi rasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu. Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.