Lori tangki minyak rempuh lapan kenderaan

Lapan kenderaan termasuk sebuah motosikal rosak akibat dilanggar lori tangki minyak di Seksyen 15, Bangi pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pemandu lori berkenaan difahamkan tidak menarik brek tangan ketika meninggalkan lori tersebut dalam keadaan enjin masih hidup.