Lotte Chemical Titan bantu usaha pembersihan kimia

Mereka antara kilang yang mengerakan inisiatif sendiri untuk membantu pihak berkuasa dalam usaha pembersihan sisa kimia di Pasir Gudang kerana mereka mempunyai kepakaran dan teknologi canggih. Presidennya Dongwoo Lee berkata Titan amat mementingkan prosedur pengurusan sisa kimia dan berduka dengan apa yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab tersebut. Antara yang dilakukan Lotte untuk membantu termasuk membersihkan kelengkapan sekolah yang dicemari gas beracun akibat pembuangan sisa kimia dan pada masa sama mereka membekalkan ambulans serta tenaga kerja. Kita dengarkan kata kata Presiden Lotte.