Tutup

LTTE: Polis tumpu pada siasatan, jangan putar belit kenyataan - LGE

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis supaya menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua Wakil Rakyat DAP di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA). Beliau berkata tindakan itu lebih wajar daripada polis mengeluarkan kenyataan yang dirasakan memberi persepsi salah terhadap kenyataan beliau tempoh hari.