Tutup

M for Malaysia: Kisah harapan dan perpaduan rakyat

Dokumentari "M for Malaysia" bukan filem propaganda mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi filem yang memaparkan penyatuan dan pendamaian rakyat negara ini dalam memilih masa depan mereka. Bagi pengarah filem, Ineza Roussille, filem berkenaan digarap daripada momen di sebalik tabir yang melingkari perjalanan mengubah landskap politik negara.