Tutup

M for Malaysia kisah harapan dan perpaduan rakyat

Dokumentari "M for Malaysia" bukanlah filem propaganda mengenai Dr Mahathir Mohamad tetapi filem yang memaparkan penyatuan dan pendamaian rakyat negara ini dalam memilih masa depan mereka. Bagi pengarah filem, Ineza Roussille, filem berkenaan digarap daripada momen disebalik tabir yang melingkari perjalanan dalam mengubah landskap politik negara.